Bagaimana nak ku mula menyatakan sesuatu yang terbuku dihatiku,
Peristiwa masa silam amat pahit dirasa sepanjang hidupku,
Lalu aku tulis sebuah noktah pilu yang bermain diminda tanpa kira waktu,
Biarku luahkan segala yang ku simpan,
Agar mereka tahu apakah salahku,
#cinta pertama#
Dia hadir dalam jiwa beberapa tahun dulu dialah cinta pertama ku,
Dia berjanji dan bersumpah tak mungkin melukakan didalam hidupku,
Lalu aku sambut cinta dari dia tiada kucuriga kuterima seadanya,
Lantas ku putuskan untuk hidup dengannya,
Dan menjalinkan cinta dengan ikatan kukuh,
Pabila hadir seorang lelaki tanpa duga merampas cintanya dariku,
Sidia berpaling tadah dan memungkiri kata kepadaku dulu,
Sakitnya kurasa bila diberi tahu cintanya sudah pudar terhadap diriku,
Dan aku menangis dihari bahagiaku,
Terpaksaku undur diri demi dia bahagia dengan lelaki itu,
#perjalanan kedua#
Setelah kusendiri menjalani hidup ini tanpa cinta yang hadir lagi,
Kumelangkah kaki ini meneruskan perjalanan untuk meniti hari,
Biar waktu itu gundahnya hatiku namun kanku terus cuba hadapinya,
Kerna aku sedar ada hikmah sebaliknya,
Tuhan lebih tahu perjalanan hidupku,
#cinta kedua#
Dia hadir dan merawat kelukaan dihatiku memberi semangat padaku,
Terdetik dihati ini meluahkan rasa cinta tetapi kumalu,
Adakah sidia merasakan yang kurasa yang lahir dari hati bukan sandiwara,
Lalu ku jelaskan terhadap dirinya "AKU CINTA PADAMU"
seikhlas hatiku,
Lantas dia mendiam tanpa kata-kata,
Adakah ku diterima atau sebaliknya,
Berminggu kumenunggu jawapan dari dia apakah kesudahannya,
Dan kuberputus asa mungkin sudah tiada guna tuk harapnya,
Dia jelma pula dan nyatakan sesuatu bahawa dia juga rasakan begitu,
Lalu ku menangis terima berita itu dan aku bersyukur kurniaan tuhanku,
tak lama bersamanya ku diundangi nestapa halangan dari keluarganya,
ku dan dia putus juga cinta kian terbina tersiksanya aku,
Dia pergi jua dalam hidup ini,
Namun aku tahu beratnya bagi dia,
Dan ku tetap tunggu hadir dia semula kerana ku tahu masih ada jalannya,
Pabila hati ini sudah tertutup rapi tak mahu bercinta lagi,
Dia menangis dan merintih kerna terlambat baginya bertakhta dihati,
Tak sanggup membiarkan dirinya kelemasan lalu aku berikan kunci hati ini padanya,
Dia membukanya nak menghuni semula,
Kuterima nasihat dari kawan karibnya,
Kufikir kekal selamanya cintaku dan cintanya diatas bahagia bersama,
Tiba-tiba dia meminta kulupakan dirinya sengsara hatiku,
Inikah balasan darinya kepadaku yang ikhlas menyintanya tak mengenal jemu,
Biarkan kutelan walau pahit hempedu,
Kudoa agar dia berbahagia selalu,
#perjalanan ketiga#
Setelah kurenangi lautan dalam ini ku mulakan hidup baruku,
kubangun dan kucari ketenangan diri ini demi masa depanku,
Biarkanlah cinta disewaktu dahulu menjadi TANDA TANYA dari sesiapapun
Andai kubercinta lagi semula akan ku berjaga untuk menerima,
#cinta ketiga#
Kehadiran yang ketiga cinta terakhir bagiku namun masih di awan pilu,
Kerana diri dia telah menunggu ku hampir lama tabah hatinya itu,
Tetapi kusedar bahawa diri dia sudah ada yang punya kekasihnya yang lama,
Perlukah diriku menantikan dirinya,
sepertimana dia menunggu diriku,
Dan aku mengirimkan pesanan kepadanya bahwa aku mencintainya,
Dia meminta kepadaku memberi sedikit waktu untuk ketenangan,
Lalu ku pendamkan perasaan padanya,
Biarlah andai dia tak memerlukan diriku,
Hanya nasihatku didalam mimpimu,
Jangan menerima dalam kepaksaan,
#perjalanan terakhir#
Aku membawa diri jauh dari sang kekasih yang pernah aku cintai,
Kuharap noktah ini menjadi kesedaran mereka peristiwa pahitku,
Doaku yang tulus moga kekasih lama,
Kini hidup bahagia bersama pasangannya,
Pinta terakhirku maafkan diriku,
Mungkin tuhan lagi tulus menyayangi aku???
(aku hanya manusia biasa)
(Tak mampu melawan takdir)
#Andaikubercintalagi
No comments:
Post a Comment