Tuesday, April 23, 2013

Istikarah Cinta [ 1 ]


Bermula satu perjalanan yang aku ingin tempuhi sepanjang kehidupan ini

CINTA...
semua ingin tahu apa erti cinta yang sebenarnya
mungkin dari pandangan orang lain cinta itu wajib untuk diterokai setiap insan baik lelaki mahu pun perempuan...hmmm
tetapi dari pandangan aku pula lain...
cinta itu sangat unik untuk aku...
cinta begitu banyak maksudnya yang tersendiri...
sehingga ada insan yang mampu melakukan apa~apa saja untuk memaparkan cinta yang dimilikinya..

AJAIB...sungguh ajaib bila aku dengar perkataan cinta dari mulut manusia yang dihantui cinta...
mengapa mesti ada cinta dalam dunia ini...
adakah ianya memang telah diciptakan dari ALLAH S.W.T atau manusia yang menciptakan
cinta itu untuk kepuasan hati mereka...

HEBAT...manusia sangat hebat sekiranya dapat menciptakan satu perkataan yang diberi nama CINTA...
tapi cinta untuk apa..
cinta m'gikut nafsu sarakah...
cinta kasanova...
cinta untuk kesedihan
cinta untuk kehancuran
cintakan keadilan...hmmm aku memang tak mengerti cinta yang sebegini rupa...

MAHAL...masih adakah cinta yang mahal dalam dunia ini..
mampukah manusia menghargai cinta yang sangat mahal...
tahukah manusia dimana letaknya cinta yang mahal itu atau manusia memang tak pernah tahu dimana
cinta yang mahal itu berada...

KELAKAR...sangat kelakar andai manusia tidak tahu dimana cinta mahal itu berada...
atau sememangnya manusia hanya memperalatkan cinta untuk melepaskan apa yang tersimpan
difikirannya...
sekiranya aku salah tafsiran aku memohon maaf...
cuma aku ingin tanyakan

"jika cinta itu memang sangat berharga buatmu, maka tunjukkanlah buktinya kepadaku, jika benar cinta itu hanyalah sandaran bagimu, maka sia~sia sajalah cinta itu kau agong~agongkan pada orang sekelilingmu,"

JANGAN...ku harap janganlah kita permainkan erti cinta...
kerna "MAHALNYA HARGA SEBUAH CINTA, SEHINGGA HARUS DIBAYAR DENGAN AIRMATA"
tuhan memberi laluan cinta itu dalam hati kita...
jadi sama~samalah kita nilaikan betapa mahalnya cinta yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T....
dan tuhan telah ciptakan lagi satu pena yang mungkin sukar untuk kita cari dan temui dimata yang kasar...

ISTIKARAH CINTA...
mungkin ada manusia yang melakukan solat istikarah semata~mata ingin petunjuk dari ALLAH .S.W.T bahawa siapakah cinta kita yang sebenarnya...
lihatlah betapa uniknya cinta yang aku ramalkan dari cinta pertama hingga cinta terakhirku...

"sesungguhnya istikarah cinta ini bukanlah dapat diciptakan oleh manusia...
segalanya allah s.w.t yang menciptakannya untuk memberi manusia menghargai meneliti menilaikan
istikarah cinta sangat hebat jika dibandingkan istilah cinta..."


#tunggu sambungannya setiap hari selasa....
"istikarah cinta akan mengajar kita erti cinta yang sebenarnya..." :-)

by: hakimy haikal A.K.A teruna lautan sepi

Wednesday, April 17, 2013

AirmaTa saYa uTk aWak

Awak...dulu saya selalu inginkan insan yang dapat memahami diri saya
dan awak adalah orang yang terakhir dalam dunia cinta saya....
saya tahu bahawa saya dah melukakan hati awak tanpa saya sedari...
saya terima hukuman dari awak...
selepas saya mengenali seseorang dalam hidup saya dan banyak memberi mafaat pada saya
secara tidak disedari yang saya telah melupakan awak pada waktu itu...
sekian lama saya bersama insan yang tidak pernah diduga menjadi milik hati saya yang sah
saya masih merindui awak dan menunggu kata-kata cinta dari awak...



Awak...sepanjang saya bersamanya saya rasa yang saya telah menipu diri saya sendiri
kerna berpura mencintai insan yang tak pernah saya sangkakan akan hadir pada waktu kelukaan saya...
saya salah membuat keputusan kerna ingin menutup mulut dan kata cacian orang sekeliling saya
sehingga saya sanggup mengabaikan awak...

Awak...hari ini saya nak awak tahu yang saya tak pernah ada rasa cinta pada dia...
dan saya nak awak tahu bahawa cinta ini milik awak yang abadi...

Awak...awak ada bagitahu saya yang awak sukakan saya dari awal perkenalan kita dulu...
tapi awak fikirkan hubungan saya dengan bekas kekasih saya dulu...awak tak berani nak luahkan rasa cinta awak pada saya...saya tahu awak mesti malu untuk ungkapkan perkataan cinta pada saya dan
mungkin juga awak taknak dikatakan (perigi mencari timbang)
tapi bila saya tanya kenapa awak tak bagitahu tentang perasaan awak dekat saya
awak mesti akan cakap "awak ada aidura"
awak masa tu pun hubungan saya dan dia dalam kekacauan
dan untuk menutup kelukaan saya kerana dia saya memilih awak...
tapi sayangnya awak tak sedar yang saya sukakan awak dan inginkan awak...

Awak...sampai sekarang perasaan tu masih ada dalam diri saya...
dan kata-kata awak yang tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini

(msg hakimy mimpi terindah saya) :'(

Awak...walaupun awak selalu nampak saya bermesra dengan dia dan bermanja dengan dia
itu hanya dikhayalak ramai saja awak....hakikatnya hati saya permikiran saya semua
itu hanya diri awak...
setiap malam saya menangis kerana merindui awak...
dengan sedikit kesalahan saya meninggikan suara dekat awak dan meminta awak pulangkan
KUNCI & HATI hak saya disebabkan awak menipu saya tentang seseorang yang awak
rasa tiada pengganti dia dalam hidup awak
awak terus mendiamkan diri dan tak mempedulikan saya lagi...

Awak...saya perlukan awak sekarang untuk menemani hati saya yang sangat trauma...
setelah awak pergi tiada kembali..pilunya hati ini tak dapat saya bayangkan...
saya harap awak abadikan kasih awak yang suci itu dalam kecerahan cahaya cinta dan
biar saya yang dalam kegelapan...

Awak... kehidupan akan berganti mati...itulah jalan keramat terakhir...
hanya permintaan terakhir saya izinkan saya mencintai awak....
walaupun CUMA SEHARI saya bersyukur kerna saya dapat merasakan kasih sayang rindu dendam antara kita berdua....biarlah airmata saya ini hanya untuk awak yang bernama kekasih suci...

Saya tunggu panggilan dari awak.... :'(