Tuesday, May 21, 2013

Cinta Terakhir

6 december 2011>>>>

pertemuan yang tak disangkakan olehku menjadi seribu pertanyaan dihati ini..
DIA add aku di facebook TERUNA LAUTAN SEPI
jenis aku terima siapa saja yang nak jadi rakan aku...
dan bila aku appr0ve dia sebagai rakan aku di facebook dalam masa 2minit dia menegur aku
di laman sembang >CHAT<...
dan dia katakan >tq accept<...
aku cuma balas apa yang dia katakan dan pada masa itu aku tak usha pun wall dan gambar~gambar dia
aku cuma fikir dia hanya nak berkawan, jadi aku tak perlu nak usha bagai wall dia
lepas tu aku tak layan dia sangat, sebab masa tu aku masih ada hubungan istimewa dengan
KHAIRUL AIDURA KHALID,

10 december 2011>>>>

jam 9pagi masa untuk aku stalker semua wall rakan~rakan aku yang bajet hot-2
macam dalam neraka,
aku terpandang 1 nama ATC dan aku fikirkan dia tu seseorang yang amat aku sayangi
dulu (arwah),
sebab mata dia membuat aku terkejut seketika,
aku cuba nak tegur dia di >CHAT<, tapi masa tu girlfriend's aku selalu on facebook aku
jadi aku pun batalkan niat hati nak tegur dia di >CHAT<
tapi sejujurnya aku tersangat nak berkenalan dengan dia masa tu,
disebabkan aku dah ada yang punya, jadi aku taknak ajar diri aku untuk
mempunyai perasaan terhadap wanita lain, aku taknak girlfriend's aku terluka,
mungkin masa tu tak sesuai untuk aku bertanyakan sesuatu terhadap ATC,

25 december 2011>>>>

Entah kenapa setiap kali aku bertengkar dengan girlfriend's aku,
aku akan tengok gambar ATC setiap malam, mungkin dengan mata dia tu ada iras-2
arwah, yang buatkan aku tenang melihatnya,
kadang-2 aku buntu, macam mana aku nak dapatkan nombor telefon bimbit dia,
aku betul-2 nak kenal dengan dia,

1 january 2012>>>>

masih lagi menunggu sesuatu yang tak tahu bila akan berakhir,
untuk pertama kalinya aku menyimpan perasaan terhadap ATC,
dada bagaikan ingin meletup menanggung kerinduan,
aku nak dia tahu yang aku mula sukakan dia dalam diam aku,
hubungan aku dengan aidura juga semakin rekah dimamah mentari,
aku yakin suatu hari nanti perasaan ini akan terluah juga suatu hari nanti,


>sambungan ke2 akan datang

Tuesday, April 23, 2013

Istikarah Cinta [ 1 ]


Bermula satu perjalanan yang aku ingin tempuhi sepanjang kehidupan ini

CINTA...
semua ingin tahu apa erti cinta yang sebenarnya
mungkin dari pandangan orang lain cinta itu wajib untuk diterokai setiap insan baik lelaki mahu pun perempuan...hmmm
tetapi dari pandangan aku pula lain...
cinta itu sangat unik untuk aku...
cinta begitu banyak maksudnya yang tersendiri...
sehingga ada insan yang mampu melakukan apa~apa saja untuk memaparkan cinta yang dimilikinya..

AJAIB...sungguh ajaib bila aku dengar perkataan cinta dari mulut manusia yang dihantui cinta...
mengapa mesti ada cinta dalam dunia ini...
adakah ianya memang telah diciptakan dari ALLAH S.W.T atau manusia yang menciptakan
cinta itu untuk kepuasan hati mereka...

HEBAT...manusia sangat hebat sekiranya dapat menciptakan satu perkataan yang diberi nama CINTA...
tapi cinta untuk apa..
cinta m'gikut nafsu sarakah...
cinta kasanova...
cinta untuk kesedihan
cinta untuk kehancuran
cintakan keadilan...hmmm aku memang tak mengerti cinta yang sebegini rupa...

MAHAL...masih adakah cinta yang mahal dalam dunia ini..
mampukah manusia menghargai cinta yang sangat mahal...
tahukah manusia dimana letaknya cinta yang mahal itu atau manusia memang tak pernah tahu dimana
cinta yang mahal itu berada...

KELAKAR...sangat kelakar andai manusia tidak tahu dimana cinta mahal itu berada...
atau sememangnya manusia hanya memperalatkan cinta untuk melepaskan apa yang tersimpan
difikirannya...
sekiranya aku salah tafsiran aku memohon maaf...
cuma aku ingin tanyakan

"jika cinta itu memang sangat berharga buatmu, maka tunjukkanlah buktinya kepadaku, jika benar cinta itu hanyalah sandaran bagimu, maka sia~sia sajalah cinta itu kau agong~agongkan pada orang sekelilingmu,"

JANGAN...ku harap janganlah kita permainkan erti cinta...
kerna "MAHALNYA HARGA SEBUAH CINTA, SEHINGGA HARUS DIBAYAR DENGAN AIRMATA"
tuhan memberi laluan cinta itu dalam hati kita...
jadi sama~samalah kita nilaikan betapa mahalnya cinta yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T....
dan tuhan telah ciptakan lagi satu pena yang mungkin sukar untuk kita cari dan temui dimata yang kasar...

ISTIKARAH CINTA...
mungkin ada manusia yang melakukan solat istikarah semata~mata ingin petunjuk dari ALLAH .S.W.T bahawa siapakah cinta kita yang sebenarnya...
lihatlah betapa uniknya cinta yang aku ramalkan dari cinta pertama hingga cinta terakhirku...

"sesungguhnya istikarah cinta ini bukanlah dapat diciptakan oleh manusia...
segalanya allah s.w.t yang menciptakannya untuk memberi manusia menghargai meneliti menilaikan
istikarah cinta sangat hebat jika dibandingkan istilah cinta..."


#tunggu sambungannya setiap hari selasa....
"istikarah cinta akan mengajar kita erti cinta yang sebenarnya..." :-)

by: hakimy haikal A.K.A teruna lautan sepi

Wednesday, April 17, 2013

AirmaTa saYa uTk aWak

Awak...dulu saya selalu inginkan insan yang dapat memahami diri saya
dan awak adalah orang yang terakhir dalam dunia cinta saya....
saya tahu bahawa saya dah melukakan hati awak tanpa saya sedari...
saya terima hukuman dari awak...
selepas saya mengenali seseorang dalam hidup saya dan banyak memberi mafaat pada saya
secara tidak disedari yang saya telah melupakan awak pada waktu itu...
sekian lama saya bersama insan yang tidak pernah diduga menjadi milik hati saya yang sah
saya masih merindui awak dan menunggu kata-kata cinta dari awak...



Awak...sepanjang saya bersamanya saya rasa yang saya telah menipu diri saya sendiri
kerna berpura mencintai insan yang tak pernah saya sangkakan akan hadir pada waktu kelukaan saya...
saya salah membuat keputusan kerna ingin menutup mulut dan kata cacian orang sekeliling saya
sehingga saya sanggup mengabaikan awak...

Awak...hari ini saya nak awak tahu yang saya tak pernah ada rasa cinta pada dia...
dan saya nak awak tahu bahawa cinta ini milik awak yang abadi...

Awak...awak ada bagitahu saya yang awak sukakan saya dari awal perkenalan kita dulu...
tapi awak fikirkan hubungan saya dengan bekas kekasih saya dulu...awak tak berani nak luahkan rasa cinta awak pada saya...saya tahu awak mesti malu untuk ungkapkan perkataan cinta pada saya dan
mungkin juga awak taknak dikatakan (perigi mencari timbang)
tapi bila saya tanya kenapa awak tak bagitahu tentang perasaan awak dekat saya
awak mesti akan cakap "awak ada aidura"
awak masa tu pun hubungan saya dan dia dalam kekacauan
dan untuk menutup kelukaan saya kerana dia saya memilih awak...
tapi sayangnya awak tak sedar yang saya sukakan awak dan inginkan awak...

Awak...sampai sekarang perasaan tu masih ada dalam diri saya...
dan kata-kata awak yang tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini

(msg hakimy mimpi terindah saya) :'(

Awak...walaupun awak selalu nampak saya bermesra dengan dia dan bermanja dengan dia
itu hanya dikhayalak ramai saja awak....hakikatnya hati saya permikiran saya semua
itu hanya diri awak...
setiap malam saya menangis kerana merindui awak...
dengan sedikit kesalahan saya meninggikan suara dekat awak dan meminta awak pulangkan
KUNCI & HATI hak saya disebabkan awak menipu saya tentang seseorang yang awak
rasa tiada pengganti dia dalam hidup awak
awak terus mendiamkan diri dan tak mempedulikan saya lagi...

Awak...saya perlukan awak sekarang untuk menemani hati saya yang sangat trauma...
setelah awak pergi tiada kembali..pilunya hati ini tak dapat saya bayangkan...
saya harap awak abadikan kasih awak yang suci itu dalam kecerahan cahaya cinta dan
biar saya yang dalam kegelapan...

Awak... kehidupan akan berganti mati...itulah jalan keramat terakhir...
hanya permintaan terakhir saya izinkan saya mencintai awak....
walaupun CUMA SEHARI saya bersyukur kerna saya dapat merasakan kasih sayang rindu dendam antara kita berdua....biarlah airmata saya ini hanya untuk awak yang bernama kekasih suci...

Saya tunggu panggilan dari awak.... :'(

Tuesday, February 19, 2013

Aku Sayang Dia

AKU SAYANG DIA....
aku pilih sayang ini kerna aku tahu dan aku yakin tak semua sayang itu dapat dilahirkan dari hati yang ikhlas
AKU SAYANG DIA....
sebab aku yakini dia yang yang terindah dalam lubuk hatiku dan tiada gantinya lagi
seperti lagu ANDAIKU BERCINTA LAGI sebuah lagu yang amat menyayat hati dan teladan
dalam bibik cinta sayangku...
lafazkanlah

AKU SAYANG DIA....
walaupun pernah dalam hati aku diterokai oleh insan namun sayang aku ini tak dapat
dibandingkan sayang terhadap dirinya....
AKU SAYANG DIA....
kerana dia segalanya buat aku sepanjang perjalanan aku...
mungkin sukar untuk aku mencari p'ganti dirinya didalam hidup aku
walau pun suatu hari nanti aku harus terima kenyataan kehilangan dirinya aku harus redha semua
ketentuan illahi....
kupilih penghujung cinta hatimu
ABI & UMMI

CINTA INI terlahir dari hati dan bermula daripada perasaan manusia seperti aku
aku hanya ingin mendengar KALIMAH CINTA darinya
sepayah mana pun aku untuk mendapatkannya dulu akan tetapi aku akan jaga dia
seumur hidup aku..
kerana CINTA / SAYANG / RINDU dan KASIH semuanya di anugerahkan dari tuhan

AKU SAYANG DIA....
dia penyelamat dalam kesukaran aku menempuhi liku~liku kehidupan
saat aku lemah dia hadir memberi seribu kekuatan
AKU SAYANG DIA sangat~sangat

inilah c0retan madah KUPILIH PENGHUJUNG CINTA HATIMU 

Sunday, February 10, 2013

ku pilih hatimu aisyah

aku tahu mungkin apa yang aku impi kan selama ini tidak menjadi 1 kenyataan...

kupilih hatimu (aisyah)
tak ada ku ragu...
mencintamu adalah hal yang terindah..
dalam hidupku 0h sayang..
kau detak jantung hatiku...

setiap nafasku hembuskan namamu..
sumpah mati hati ingin memilihmu..
dalam hidupku oh sayang...
kau segalanya untukku...

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini sampai nanti
disaat raga ku sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir...

tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti disaat nafasku sudah tidak berhembus lagi
kerna sungguh cinta ini
cinta sampai mati..