Wednesday, May 7, 2014

tiada jawapan

Bila terlalu mempercayai orang yang amat kita sayangi
pasti mengundang satu kesakitan yang amat dalam
tatkala itulah hati mula terasa sakit yang amat dan tidak dapat dikawal lagi
APAKAH YANG SALAH DIRI INI
sehingga orang yang amat dicintai dan dipercayai
menyakiti hati ini

Sakit juga kadang-kadang bila diperlakukan begitu
namun kerana sayang yang amat ikhlas dari hati ini aku akan cuba
pertahankan apa yang patut aku lakukan

selagi hati ini ingin memilikinya
aku akan cuba bersabar walaupun
TIADA JAWAPAN
bila akan berakhir ini semua

Aku yakin dan akan cuba berusaha untuk jadi yang terbaik
dan mampu memberikannya sejuta kebahagiaan
walaupun aku dalam sejuta kesakitan untuk bersabar apa saja
yang membuatkan aku merasa sakit dan tidak tahan lagi

Rapuhnya sebuah dahan bukan bermakna
tiada lagi yang kukuh
cubalah cari jalan agar apa yang ingin diperolehi menjadi satu
simbol yang membakar keyakinan diri sendiri

andainya ditakdirkan bersama
alangkah bahagianya diri ini dapat memilikimu dalam kenyataan
tapi ini semua masih lagi
TIADA JAWAPAN

<3 cerita hati lelaki untuk kekasihnya <3