Wednesday, April 22, 2015

Tanda Orang Tak Suka

Post kali ini memang sering berlaku dalam kehidupan kita semua. Jom baca dan lihat sekeliling korang.. adakah situasi begini berlaku??

1- Setiap kali bila duduk dengan korang dia lebih suka diam dan buat hal sendiri. belek kuku la…menyanyi sorang2 la..termenung la.. sedangkan bila dengan orang lain boleh je berbual..

2- Tak boleh bergurau dengan korang.ramai yang suka label orang ”dia tu bukan boleh bergurau..”.sebenarnya dia boleh je bergurau..tapi bukan dengan korang la..sebab dia tak suka kat korang jadi bergurau pun dia malas. tak perasan ke dengan orang lain boleh je dia bergurau..

3- Susah mintak tolong.yang ni lebih kurang sama dengan no 2 la.. senang2 je korang kata dia tu kedekut la.. pinjam duit pun tak bagi..mintak tolong basuh pinggan sebiji pun dia tak mahu. bukan sebab dia malas.tapi sebab dia meluat kat korang.

4- Nak kemana2 dia tak akan ajak korang.bila berjalan dalam kumpulan,korang pula ada dalam kumpulan tu,dia lebih suka menolak untuk ikut serta.

5- Kurang suka mendengar cerita yang melibatkan korang. contohnya bila Jenab cerita kat Joyah yang Jennny tak makan petai…tapi gaya joyah macam malas nak ambik tau.. ubah topik lain atau cepat2 beredar dari situ..

Ha..jadi lepas ni jangan la nak kata orang tu sombong ke… tak boleh bergurau ke… kedekut ke… sebab nya tengok betul2.. dengan orang lain dia macam mana??dengan korang pulak dia macam mana..? mungkin ada sikap kita yang dia tak suka dan ada baiknya kita cermin2 diri kita..
sekian..

By : Hakimy Haikal
Teruna Lautan Sepi
Aachu Aziz

Tuesday, April 21, 2015

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Wallahulam…

By : Hakimy Haikal
TERUNA LAUTAN SEPI
Aachu