Wednesday, August 15, 2012

9 cara utk aku lupakan kekasih lama

Putus cinta memang menyakitkan hati aku...tapi aku cuba untuk elakkan
diri dalam kesedihan berlarutan dilansir YOUR ROMANCE GUIDE...
aku nekad untuk cari 9cara yang boleh aku lakukan untuk meredakan
sakit hati selepas putus cinta dengan sidia...

(1, aku taknak berjumpa atau menyebut nama dia buat sementara waktu)
selepas putus dengan dia..aku elakkan diri aku untuk jumpa atau ada kaitan dengan dia..
perasaan sayang yang masih ada dalam diri aku mungkin mendorong aku untuk call hantar SMS
atau nak berjumpa dengan dia..tapi aku fikir balik tindakan macam tu sememangnya akan mengingatkan aku
atas kesakitan yang dah dia buat kat aku..lalu nekad hati aku harus benar-benar putus hubungan dengan dia..
sekurang2nya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati kat dia...

  (2, NIKMATI RASA SAKIT UNTUK PENGALAMAN)
salah satu hal yang sangat wajar ketika aku kehilangan orang yang aku cinta..
saat aku merasakan rasa sakit itu adalah jawapan sebuah tanda bahawa aku sedang
dalam proses penyembuhan..aku pun menangislah sebab bagi aku perkara tu boleh buat perasaan aku
sedikit lega..rasa sakit setelah putus dengan dia..aku boleh menginspirasi diri aku untuk mengerjakan
sesuatu yang lebih baik dan yang tak pernah aku lakukan sebelum ini...

  (3,SIBUKKAN DIRI )
cara terbaik aku menyembuhkan luka kerana putus dengan dia dan melupakan dia
adalah menyibukkan diri aku...aku takkan memikirkan diri dia dan memberi kesempatan pada
otak aku untuk mengingati dia dalam fikiran aku...aku cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan..
aku pilih aktiviti yang aku senangi...kerna bagi aku ini hanya menyegarkan fikiran dan
penuhkan aktiviti diluar juga membolehkan aku alihkan fikiran untuk mengingat dia...

  (4,LUAHKAN KESEDIHAN DALAM SOLAT 2RAKAAT )
aku tahu aku hanya ada tuhan tempat untuk meluahkan segala yang membeku dalam diri aku...
dan aku terus buat solat 2rakaat setiap hari selepas putus dengan dia...
bagi aku hanya solat dapat menenangkan hati aku bila dalam gundah...itulah pilihan tepat aku..
alhamdulillah kelamaan aku buat solat 2rakaat..aku dapat lupakan rasa gundah hati aku...
dan meneruskan kehidupan aku...

   (5,TUMPAHKAN PERASAAN DALAM TULISAN )
aku saja beli buku kosong banyak2 untuk menumpahkan semua rasa sakit hati kat dia dalam
tulisan...boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati tak terhingga akibat putus dengan dia...
aku keluarkan semua rasa sakit kecewa dan kemarahan aku dalam buku tu...aku puas dengan apa
yang aku buat dalam buku tu...bila aku boring tak tahu buat apa aku baca balik semua buku yang aku tulis...
bila dah baca aku simpan balik..sebab buku tu untuk aku hilangkan boring..aku tak tulis pun nama dia...

   (6,MEDITASI )
bila aku teringat meditasi..aku pun ulang balik pasal meditasi ni..sebabnya meditasi ni adalah
salah satu teknik lama aku untuk menenangkan fikiran yang tegang...aku duduk dengan tenang
dalam bilik aku yang comeyy2 ni..aku tutup mata ambil nafas dalam2 dan aku keluarkan pelahan2..
lepas tu aku pun bersantai dalam bilik comeyy2 makan roti, kek lapis, kuaci minum soya bean, kalau dah habis soya bean aku pergi dapur dan buat milo ais tabur pula..aku tabur kaw2..kadang2 geli hati pun ada..
sebab aku dah lama tak buat macam tu...rindu pula...

   ( 7,BERI PERHATIAN PADA KELUARGA )
pasal keluarga aku tak boleh cakap lebih2 buat masa sekarang..sebab aku pun dah tak ada keluarga
ZERO...aku cuma habiskan masa dengan kawan aku satu oversea dulu macam ajul / nadya / dan
saudara mara aku kat kampung baru kuala lumpur ni...mungkin segelintir antara dia orang yang
berpengaruh besar pada kehidupan aku...dia orang akan selalu ada kat sisi aku saat aku senang dan susah..
masa aku jalinkan percintaan dengan dia..mungkin aku tak memberikan banyak masa
untuk mereka yang sentiasa ada disisi aku...jadi inilah saatnya aku memberikan masa dan berkumpul
dengan sahabat lama n saudara mara aku..aku ajak dia orang beriadah atau sekadar makan malam
bersama..kehangatan sahabat dan saudara mara merupakan ubat paling
mujarab untuk menyembuhkan kelukaan aku...

  (8, FOKUS PADA KERJAYA )
selepas daripada tu..aku pun terus balik LA dan JOB AS LECTURER...perkara ni telah diketahui
WANA DEKNA n sahabat2 aku yang lain...aku baru training kat sana..yela tak pernah buat kerja
macam tu dalam hidup aku..sebelum2 ni pun arwah ryzal dah offer kat aku..tapi aku taknak sebab
aku fikir pasal ex aku saja..so sekarang aku kena sahut cabaran dari budak2 kat luar sana
terutama paklong dan maklong kesayangan aku...dia orang bersungguh2 bagi semangat kat aku untuk pergi..
masa kat sana aku sedih juga sebab dah duduk tempat orangkan..tapi aku taknak sampai kesedihan
mengganggu prestasi kerja aku..mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita ditimpa
masalah..tapi aku cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup aku...
fokus dalam kerjaya hanya membantu aku untuk melupakan sakit hati dekat someone ni...malah
dengan fokus tu nanti juga meningkatkan prestasi kerja aku as lecturer sains fizikil...

   ( 9,NIKMAT BERSENDIRIAN )
untuk sembuhkan diri dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah bagi aku...
sebab tu aku memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama bulan pun...
dan aku dah berjanji pada diri aku..aku taknak bercinta buat masa sekarang...walaupun aku dah
ada EHEMM2..aku taknak ajak dia bercinta..aku nak bercinta lepas kahwin..
aku teringin nak rasa nikmat bercinta selepas kahwin...mesti berkekalan dan sangat ROMANTIK GITUU..
hehehheheh BUDAK BESAR TUNGGU TAHU....

Itu sajalah cara aku nak lupakan orang yang pernah menghuni dalam hati aku..
Dulu aku dah bagitahu dia..jangan sekat kebenaran aku..sebab aku akan buktikan juga KEBENARAN
tu kan dia dan family dia..tapi dia tetap nak menegakkan benang yang basah..bagi aku sekarang
tu semua memori berkasih saja... SEBAB
sekarang aku kena take care kat perasaan budak besar...kami tak bercinta lagi...kami mengenali
hati budi masing2..kami macam teman tapi mesra...sampai masa nanti aku akan tunjuk gambar dia&aku
kat korang...TUNGGUUUUUUU!!!!!!!!!....


#Andaikubercintalagi

No comments: