Saturday, April 19, 2014

HAMPIR TERLUKA

Mengapa ini yang berlaku dalam epilog cintaku
sedangkan aku amat cinta pada dirinya
segala~galanya aku lakukan untuk dirinya
tapi mengapa ini yang dia perlakukan padaku yang begitu setia terhadapnya
beberapa hari kemudian aku menghadiri majlis doa selamat dirumah kawanku (ikmal)
waktu itu aku hanya berpakaian biasa
20minit kemudian aku rasa tidak sedap badan
kemungkinan aku terlalu letih bekerja hinggakan tiada ruang untuk aku berehat

aku rehatkan diri di kerusi luar rumah kawanku ikmal
dan ada kereta berhenti ditepi canopy
aku macam pernah nampak kereta yang dipandu oleh orang itu
aku buat tak endahkan saja dan memejamkan mata untuk rehatkan mata seketika
TIBA~TIBA suara lelaki itu seperti pernah aku dengar
aku bukakan mata sekejap dan apa yang aku nampak firdaus yang datang
aku pelik kenapa firdaus boleh berada disini
aku bertanyakan pada ikmal tentang kehadiran firdaus kesitu
lalu ikmal mengatakan firdaus bakal adik iparnya

aku terus bertanya lagi
bukankah firdaus sudah mempunyai isteri di pulau pinang
ikmal berkata firdaus sudah lama bercerai dengan isterinya
dan firdaus berniat untuk melamar adik ikmal sebagai isterinya
aku cuma anggap mungkin firdaus melamar IKIN
jadi aku pun diam saja tanpa banyak tanya lagi

beberapa kemudian kekasihku IZLA keluar dari rumah
dan berdiri disebelahku sambil menghulurkan tangannya pada firdaus
aku rasa cemburu kerana dia bersalaman dengan lelaki lain didepanku
aku buat tak kisah saja sebab tak ada dosanya dia untuk bersalaman dengan sesiapa saja
itu hak dia dan tida halangan
namun apa yang membingungkan aku izla memanggil firdaus dengan panggilan ~ABANG~
adakah firdaus abang angkat izla ataupun firdaus itu lebih berumur darinya
aku masih membiarkan saja

setelah beberapa minit kemudian aku berbual dengan ikmal
aku tanya pada ikmal dia tak kecil hati ke dengan izla sebab menggambil abang angkat
jawab ikmal ~itu perkara biasa..izla mungkin ingin meramaikan kawan2nya saja~
aku pun cakaplah jadi ikmal tak kisahlah firdaus tu jadi abang angkat kepada izla
dengan sepantas kilat ikmal ketawakan akudan berkata ~kau gila ke apa..takkan bakal suami isteri pun nak jadi abang adik angkat~
aku terdiam kejap...apakah yang aku dengar itu betul atau aku salah mendengar...

aku tanya pada ikmal siapa bakal suami isteri
jawab ikmal lagi ~siapa lagi kalau bukan IZLA&FIRDAUS~
Tergamam aku bila mendengar berita yang menyakitkan aku
benarkah izla akan bertunang dengan firdaus..
aku ni siapa dengan izla..apa yang izla anggap terhadap aku
kawan atau kekasih...

lalu aku bertanyakan pada izla sendiri didepan ikmal dan firdaus

AKU : awak betul ke bakal jadi isteri firdaus
IZLA : yup..bulan depan kami akan menikah..awak jemputlah datang..
AKU : habis hubungan kita selama 7tahun macam mana...
IZLA : awak..iz hanya anggap awak teman yang dapat membahagiakan iz bila iz bersedih atau tertekan..
tak lebih pun kan..

AKU : awak cakap awak cintakan saya seorang..tapi kenapa awak anggap saya teman biasa...
awak permainkan perasaan saya iz..
IZLA : awak..anggaplah kita tak pernah berjanji apa~apa ok...biarlah iz cari pilihan iz sendiri...

izla berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi...
hanya allah yang tahu betapa sakitnya hati aku bila dia menduakan cinta yang telah aku berikan padanya
dimanakah terletaknya kejujurannya yang sebenar...
aku hampir~hampir melamarnya sebagai isteri aku
namun tuhan maha mengetahui..kebenaran akan hadir sebelum aku HAMPIR TERLUKA..

cerita benar dari seorang hamba allah
tunggu kisah sedih baru akan di update...setiap sabtu >kisah< HAMPIR TERLUKA

No comments: