Wednesday, May 7, 2014

tiada jawapan

Bila terlalu mempercayai orang yang amat kita sayangi
pasti mengundang satu kesakitan yang amat dalam
tatkala itulah hati mula terasa sakit yang amat dan tidak dapat dikawal lagi
APAKAH YANG SALAH DIRI INI
sehingga orang yang amat dicintai dan dipercayai
menyakiti hati ini

Sakit juga kadang-kadang bila diperlakukan begitu
namun kerana sayang yang amat ikhlas dari hati ini aku akan cuba
pertahankan apa yang patut aku lakukan

selagi hati ini ingin memilikinya
aku akan cuba bersabar walaupun
TIADA JAWAPAN
bila akan berakhir ini semua

Aku yakin dan akan cuba berusaha untuk jadi yang terbaik
dan mampu memberikannya sejuta kebahagiaan
walaupun aku dalam sejuta kesakitan untuk bersabar apa saja
yang membuatkan aku merasa sakit dan tidak tahan lagi

Rapuhnya sebuah dahan bukan bermakna
tiada lagi yang kukuh
cubalah cari jalan agar apa yang ingin diperolehi menjadi satu
simbol yang membakar keyakinan diri sendiri

andainya ditakdirkan bersama
alangkah bahagianya diri ini dapat memilikimu dalam kenyataan
tapi ini semua masih lagi
TIADA JAWAPAN

<3 cerita hati lelaki untuk kekasihnya <3

Tuesday, April 22, 2014

Jodoh pasti bertemu

Suatu masa dahulu aku cuba untuk mengenali apa itu erti cinta sebenar
semakin hari aku mencari semakin banyak dugaan tentang cinta yang aku dengari darisemua rakan~rakanku
dan bukan kenalan ku
mereka sering menceritakan tentang kekasih mereka di laman sosial seperti facebook twitter tagged
dan blog kepunyaan mereka..

Lalu setelah begitu banyak yang aku pelajari dari pengalaman mereka dalam bercinta
aku membuat kajian kenapa mereka terlalu sayang dan cinta terhadap pasangan mereka itu...

YA..setelah aku ketahui sedalam~dalamnya
cinta itu sangat indah jika kita pandai menghargainya dengan bijaksana
dan tiada pertengkaran ataupun cemburu bila kita tahu apa erti cinta sebenar

Seperti cerita dari titanic pasangan yang ama romantik dan tiada calang~calangnya
cinta mereka terlalu unik dan tiada siapa dapat menandinginya
suka duka pahit manis segalanya mereka merasai dalam penangan cinta
cinta mereka adalah dikatakan CINTA SEJATI
walau lelaki yang sangat baik itu telah pergi untuk selamanya namun
kesetiaan si gadis hingga ke akhir hayat dia tetap memegang cinta mereka walaupun telah berkubur lamanya

Kenapa kita tidak boleh jadikan cerita mereka itu sebagai salah satu kekukuhan dalam cinta
atau dinamakan ATAS NAMA CINTA
mungkin juga kita mempunyai citarasa tersendiri dan mempunyai pilihan sendiri
bagi kita apa yang kita lakukan itu adalah pilihan yang bijak
namun harus beringat
cinta sejati hanya datang sekali dalam hidup kita
bukannya bila kita telah menikahi wanita atau lelaki yang telah dijadikan kita sebagai cahaya dalam
cintanya adalah cinta sejati
mungkin 0rang yang kita nikahi itu dalam kategori

1. TERLANJUR
2. TERPERANGKAP
3. TERANIAYA
4.  PAK SANGGUP
5. TERPAKSA
6. KERANA NAFSU
7. CINTA PERTAMA
8. SUAMI/ISTERI ORANG
9. KERANA KEKAYAAN
10. KERANA RUPA TAMPAN/CANTIK

Tahukah anda kategori~kategori biginilah yang mungkin membawa sejuta kelukaan
pada pihak lain...
jadi kita kena redha apa yang hadir dalam hidup kita tidak kira siapapun dia
miskin atau kaya apa yang paling penting kita terima dia seadanya
insyaALLAH apa yang kita lakukan itu adalah menerima apa saja yang
telah ditakdirkan
dan ketahui sejauh mana pun kita mencari cinta
jangan kita mudah terlupa kerna cinta adalah di anugerahkan buat kita
pasrahlah apa yang berlaku dalam cinta
kerna JODOH PASTI BERTEMU

saya TERUNA LAUTAN SEPI meninggalkan kata azimat
"MAHALNYA HARGA SEBUAH CINTA SEHINGGA HARUS DIBAYAR DENGAN AIRMATA"
salam sayang buat semua pembaca
Assalamualaikum...